Isnin, 28 Mei 2012

Kenapalah mama sekarang malas tul nak tulis kat sini....sekarang baby kat dalam perut mama dah 25 minggu...lagi 15 minggu baby nak keluar...Harap2 semuanya ok.
Alisha dah boleh terima hakikat dia bakal jadi kakak nanti...dah x boleh paggil adik sekarang kena panggil kakak ye sayang.

Jumaat, 23 Disember 2011

YEAY YEAY OPAH NGAN AYAHLONG NAK MAI UMAH

Hari ni penat nak jawap soalan Irfan...bila ayahlong nak sampai?ayahlong dah sampai mana mama?mama cepat la tepon ayahlong tanya nak sampai kul brape?hai...sayang, sabar la...
Cuti krismas ni kami sekeluarga dok umah je sebab along nak datang umah...anak2 seronok sangat sebab boleh main dengan Aina...bahan2 basah dah beli penuh freezer ngan ikan udang sotong..nak fikir menu je...mesti happening ujung minggu kami sekeluarga...

Rabu, 21 Disember 2011

PERSIAPAN UNTUK SEKOLAH IRFAN

2 Januari 2012 ni ada orientasi untuk Irfan...Barang  untuk ke sekolah dah beli...baju 4 helai, seluar ada satu je kena beli lagi ni, kasut dah ada 3..cukup la tu kan...bukan main lagi Irfan kasut sekolah tak mau yang lain nak kasut Ben10 jugak...hai layan je la

Selasa, 20 Disember 2011

ANAK-ANAK RIZMAN

 MUHAMMAD MUSYRIF IRFAN BIN RIZMAN
NUR QAIREEN ALISHA BINTI RIZMAN

Alhamdulillah...mama bersyukur pada Allah S.W.T dengan anugerah ini. Dah besar anak-anak mama...Irfan dan nak masuk darjah satu tahun depan. Adik pulak dah 2 tahun....melihat kerenah 2 beradik ini buat mama lupa semua penat  mama seharian di pejabat...balik rumah nak kena berkemas dan memasak pulak, tapi semua tu merupakan rutin yang menyeronokkan sebab mama lakukan semua untuk keluarga kita...lihat jernih mata anak-anak buat mama rasa sangat bahagia........